Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
HUBUNGI KAMI | MAKLUM BALAS | PETA HALAMAN
line decor

 
 
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK

SEJARAH PENUBUHAN

Perhentian Pertama bagi Perpustakaan Bergerak ialah ke Sekolah Rendah Sengkurong pada 6 Jun 1970. Pada masa ini Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mempunyai 4 buah bas bergerak yang memberi perkhidmatan ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

 

Kembali ke atas...


TUJUAN

  • Menyokong dan mendokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celik ilmu pengetahuan.
  • Memasyarakatkan budaya membaca di kalangan masyarakat Brunei.
  • Membudayakan masyarakat mesra perpustakaan.
  • Melestarikan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Ke arah melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu, bermaklumat dan berpengetahuan.

SYARAT DAN TANGGUNGJAWAB PEMOHON

  • Pemohon hendaklah menghadapkan permohonan secara bertulis kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Pemohon hendaklah membuat persediaan bagi majlis pelancaran (peruntukan kewangan, aturcara, persembahan dan sebagainya).
  • Pemohon dikehendaki mendapatkan borang keahlian sebelum majlis pelancaran.
  • Pemohon dikehendaki melantik pengawas/penyeleras yang bertanggungjawab berurusan dengan pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Pemohon hendaklah menyediakan tempat yang bersesuaian bagi perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.
  • Pihak sekolah bertanggunjawab memastikan semua bahan dikembalikan sebelum sijil berhenti  sekolah diberikan kepada pelajar berkenaan.
  • Pemohon adalah bertanggungjawab memastikan semua bahan dikembalikan.
  • 5 tiket ahli diberikan bagi peminjaman 5 bahan dalam satu masa.  Tiket ahli boleh digunakan di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Borang keahlian kanak-kanak perlu ditandatangani oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan surat beranak dan salinan kad pintar ibubapa/penjaga.
  • Bagi keahlian dewasa dan muda-mudi dikehendaki menyertakan salinan kadi pintar.
  • Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada bahan yang dipinjam.

KEAHLIAN

Keahlian adalah PERCUMA.

Dewasa
Berumur 21 tahun ke atas

Muda-Mudi
Berumur 12 hingga 20 tahun

Kanak-Kanak
Berumur 12 tahun ke bawah


TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT

Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.


PEMULANGAN

  • Kesemua bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
  • Sila pulangkan bahan yang telah dipinjam ke Van Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.
  • Semasa Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ditutup (cuti penggal persekolahn atau cuti hari kelepasan awam) hendaklah mengembalikan bahan yang  dipinjam ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berdekatan.

PERPUSTAKAAN YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI

  • Perpustakaan Kampong Sengkurong menjadi pusat perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di seluruh kawasan Daerah Brunei Muara. Jumlah Sekolah yang menerima perkhidmatan ini di daerah Brunei Muara adalah sebanyak  32  buah sekolah (catatan sehingga pertengahan tahun 2009).
  • Perpustakaan Seria adalah pusat bagi perkhidmatan Perpustakaan bergerak di kawasan Belait dan juga Tutong. Setakat ini Perkhidmatan perpustakaan bergerak cawangan Seria memberi khidmat kepada 11 buah sekolah.
  • Perpustakaan Daerah Temburong juga memberikan perkhidmatan ini ke 9 buah sekolah di kawasan daerah Temburong .

 

Kembali ke atas...


 

PUSAT-PUSAT PERHENTIAN

  1. Sekolah Rendah Kapok
  2. Sekolah Rendah Masin
  3. Sekolah Rendah Beribi Telanai
  4. Sekolah Rendah Pulaie
  5. Sekolah Rendah Panchor Murai
  6. Sekolah Nusa Laila Puteri Beribi
  7. Sekolah Rendah Amar Pahwalan
  8. Sekolah Seri Mulia Sarjana
  9. Sekolah Rendah Pengkalan Batu
  10. Sekolah Al Falaah TMM
  11. Sekolah Rendah Jerudong
  12. Pusat Pembangunan Belia
  13. Sekolah Rendah Kasat
  14. Sekolah Rendah OKBI Subok
  15. Sekolah Rendah Lumapas
  16. Sekolah Iqra
  17. Sekolah Rendah Sengkurong
  18. Sekolah Rendah Kg. Mata-Mata
  19. Sekolah Rendah Mulaut
  20. Sekolah Rendah Putat
  21. Sekolah Rendah Junjongan
  22. Sekolah Rendah OKSB Kilanas
  23. Sekolah Rendah Bebuloh
  24. Sekolah Rendah Bengkurong
  25. Sekolah Nusa Laila Puteri Kampong Sungai Buloh
  26. Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak
  27. Sekolah Rendah Sultan Abdul Mubin Sg. Besar
  28. Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang
  29. Sekolah Tadika Jaya Datin Hajah Malai Rogayah
  30. Sekolah Rendah Perpindahan Lambak Kanan. Jalan 49
  31. Sekolah Rendah Dato Marsal, Lambak Kanan
  32. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthom Al-Islam, Kg. Mulaut
  33. Sekolah Rendah Kiarong, Brunei III
  34. Sekolah Rendah Katok 'A', Brunei III
  35. Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III
  36. Sekolah Kesuma Mekar
  37. Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik, Kampung Kupang Tutong
  38. Sekolah Ugama Kampung Kasat
  39. Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja Kupang, Tutong
  40. Sekolah Rendah PSB SOAS, Kuala Belait
  41. Sekolah Rendah Panaga
  42. Sekolah Rendah Labi
  43. Sekolah Rendah Sg. Teraban
  44. Sekolah Rendah Merangking
  45. Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat
  46. Sekolah Rendah Sg. Liang
  47. Sekolah Rendah Lumut
  48. Sekolah Rendah Sg. Tali
  49. Sekolah Rendah Danau
  50. Sekolah Rendah Tumpuan Telisai
  51. Sekolah Kindycare Kuala Belait
  52. Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Bukit Beruang, Tutong II

Kembali ke atas...