
Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka menyediakan perkhidmatan ini untuk memenuhi kehendak muda-mudi dengan menyediakan bahan bacaan
yang bersesuaian untuk kerja sekolah, maklumat masyarakat. Perkhidmatan Perpustakaan Muda-Mudi menyediakan perkhidmatan peminjaman dan rujukan khusus untuk remaja yang berumur 12 hingga 20 tahun.
TUJUAN
- Menggalakkan para remaja menggunakan perpustakaan.
- Memperluaskan dan menggalakkan penggunaan bahan perpustakaan dan memupuk budaya membaca.
BAHAN YANG TERDAPAT DI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN MUDA-MUDI
- Koleksi fiksyen dan non-fiksyen.
- Bahan untuk Kerja Sekolah dan Hobi.
KEAHLIAN
Terbuka kepada remaja berumur 12 hingga 20 tahun.
PEMINJAMAN/PEMULANGAN
- Pengguna hendaklah menunjukkan tiket semasa meminjam buku.
- 5 naskhah buku boleh dipinjam pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
- Pinjaman boleh dibuat di semua perpustakaan Daerah/Cawangan / Perpustakaan Bergerak.
- Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
- Ahli adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dipinjam.
- Buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku yang sama atau dengan bayaran.
TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT
Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.
TEMPAHAN
Ahli dibenarkan menempah 5 naskhah buku dengan mengisi borang yang disediakan. Buku yang ditempah jika tidak dituntut dalam tempoh 7 hari setelah menerima makluman adalah dibatalkan.
Perkhidmatan Muda-Mudi juga menawarkan Program keahlian Kelab Perkhidmatan Perpustakaan Muda-Mudi yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti lawatan, berkelah, membuat kerja-kerja amal dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang telah atau sedang dijalankan sila layari laman web tidak rasmi Kelab Ahli Perpustakaan Muda Mudi di http://www.ppmm-club.blogspot.com
Kembali ke atas... |