|
PENGENALAN
Perkhidmatan ini adalah merupakan perkhidmatan baru dalam usaha untuk menanamkan tabiat suka dan gemar membaca dikalangan masyarakat sebagai perisian kepada acara-acara keraian keluarga yang akan diadakan seperti majlis perkahwinan, majlis menghantar berian, majlis hari jadi dan sebagainya.
TUJUAN
Antara tujuan Perkhidmatan Sistem Peminjaman Keluarga ini ialah :-
-
Mendokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celek ilmu pengetahuan.
-
Untuk memberikan kesempatan kepada segenap golongan masyarakat dalam mendapatkan dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan.
-
Memberikan kesedaran kepada segenap golongan masyarakat akan kepentingan membaca.
-
Kearah melahirkan dan mengujudkan masyarakat Brunei yang berilmu pengetahuan dan bermaklumat.
-
Melestarikan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
Kembali ke atas...
|