Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak menyediakan perkhidmatan peminjaman dan rujukan khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah.
TUJUAN
Menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk merangsang imaginasi dan memperkembangkan minda.
Menggalakkan penggunaan perpustakaan dan memupuk budaya membaca.
KEAHLIAN
Terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.
KOLEKSI
Bahan bacaan mudah untuk kanak-kanak sehingga 5 tahun.
Buku bergambar untuk semua.
Fiksyen dan buku cerita untuk kanak-kanak.
Buku non-fiksyen dan buku rujukan.
Permainan berasaskan pendidikan dan elektronik seperti geosafari, mathsafari dan sebagainya.
Komputer juga ada dIsediakan di perpustakaan kanak-kanak untuk tujuan belajar dan menimba ilmu.
PEMINJAMAN/PEMULANGAN
Pengguna hendaklah menunjukkan tiket semasa meminjam buku.
5 naskhah buku boleh dipinjam pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
Pinjaman boleh dibuat di semua perpustakaan Daerah/Cawangan / Perpustakaan Bergerak.
Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
Ahli adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dipinjam.
Buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku yang sama atau dengan bayaran.
TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT
Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.
TEMPAHAN
Ahli dibenarkan menempah 2 naskhah buku dengan mengisi borang yang disediakan. Buku yang ditempah jika tidak dituntut dalam tempoh 7 hari setelah menerima makluman adalah dibatalkan.