Koleksi Bruneiana mengandungi bahan yang diterbitkan mengenai Negara Brunei Darussalam dan bahan yang dihasilkan oleh orang Brunei tanpa mengira bahasa dan di mana ianya diterbitkan.
  
Perkhidmatan Bruneiana menawarkan 2 jenis koleksi:
KOLEKSI BRUNEIANA
Koleksi ini mengandungi bahan mengenai Negara Brunei Darussalam sama ada diterbitkan di dalam atau di luar negeri dan berbentuk buku, majalah, suratkhabar, surat berita, risalah, kertas kerja, laporan persidangan dan tesis.
KOLEKSI SUMBER MEDIA
Koleksi ini terdiri daripada bahan seperti pita audio, pita video, cakera padat, kit aneka media, gambar, peta, slaid, mikrofilem, poster, kalendar, sampul surat hari pertama, poskad dan piring hitam.
TUJUAN
Menggalakkan dan menyebarluaskan pendidikan dan kesedaran dalam semua aspek pengkajian tempatan samada masa dahulu, masa kini dan akan datang.
PENGGUNA
Pengguna terdiri dari orang ramai, pegawai kerajaan, penyelidik, siswa pengajian tinggi dan pelajar sekolah.
Kembali ke atas...
PERKHIDMATAN
- Menyediakan indeks dan bibliografi untuk kemudahan pencarian bahan.
- Menyediakan perkhidmatan salinan fotostat.
CARA MEMOHON
Pengguna dikehendaki mengisi borang pertanyaan rujukan dengan lengkap sebelum bahan-bahan dikeluarkan untuk rujukan.
PERATURAN MERUJUK
- Pengguna hendaklah mematuhi tatatertib perpustakaan.
- Setiap bahan tidak boleh bawa keluar daripada kawasan Koleksi Bruneiana.
- Keselamatan bahan adalah atas tanggungjawab pengguna sehingga bahan-bahan tersebut dikembalikan.
- Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan terhadap pengguna yang mengganggu ketenteraman perpustakaan.
- Permohonan pengeluaran bahan hanya akan diterima sehingga 15 minit sebelum perkhidmatan ditutup.
Kembali ke atas... |