Koleksi Peminjaman
Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka menyediakan koleksi peminjaman yang berbentuk monograf dalam
pelbagai bidang perkara untuk dipinjam oleh pengguna perseorangan,
persatuan-persatuan, institusi-institusi keranjaan dan lainnya.
Koleksi ini boleh didapati di Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa,
Perkhidmatan Perpustakaan Muda-Mudi, Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak, Perkhidmatan
Peminjaman Kelompok dan di semua cawangan perkhidmatan Perpustakaan
Dewan Bahasa dan Pustaka di setiap daerah.
Koleksi Kertas
Soalan Peperiksaan
Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka menyediakan Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan dari tahun 2001
sehingga 2009 seperti PSR, PCE, PMB, 'AS' Level, GCE 'O' Level, GCE
'A' Level, Peperiksaan Darjah Enam Ugama, SPU ( Sijil
Pelajaran Ugama ), STPU (Sijil Tinggi Pelajaran Ugama).
Koleksi Bahan Rekreasi
Koleksi ini merupakan alat bantuan belajar seperi Geosafari, Maths Safari, Polydron, CD-ROM, alat permainan dalam seperti scrabble, Catur, pasang, Congkak, Monopoly dan bahan lain yang digunakan untuk kegiatan perpustakaan
terutamanya di musim cuti persekolahan.
Kembali ke atas...
Koleksi Rujukan Umum
Koleksi ini boleh di dapati di
semua Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh
negara. Koleksi ini terdiri daripada bahan monograf terbitan luar
negara seperti buku, direktori, kamus, ensiklopedia, buku manual
atlas, almanak dan thesaurus yang terdiri dari pelbagai subjek.
Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'R' ( Rujukan ) dan
ianya tidak boleh dipinjam.
Koleksi Sains Perpustakaan
Koleksi ini merupakan koleksi
khas yang menempatkan buku-buku yang berkaitan dengan bidang sains
perpustakaan. Koleksi ini hanya boleh didapati di Perpustakaan Pusat
Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat. Simbol yang digunakan untuk
koleksi ini ialah 'O' dan ianya tidak boleh dipinjam.
Kembali ke atas...
Koleksi Perubatan dan Kesihatan
Koleksi ini disediakan bagi
memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan dan
memudahkan pengguna perpustakaan membuat rujukan. Koleksi ini hanya
boleh didapati di Perpustakaan Pusat Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat.
Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'M' dan ianya tidak
boleh dipinjam.
Koleksi Keratan Akhbar
Koleksi ini mengumpulkan rencana / artikel
yang didapati melalui keratan akhbar dalam dan luar negara. Pelbagai perkara yang dipilih seperti mengenai pertubuhan, kesihatan, pendidikan, kebudayaan, Teknologi Maklumat dan sebagainya
yang berhubungkait dengan maklumat terkini. Koleksi ini disusun
mengikut urutan nombor di mana indeks mengenai bidang oerkara yang
berkaitan disusun mengikut abjad untuk memudahkan pencarian. Koleksi
ini boleh didapati di semua Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa
dan Pustaka di seluruh negara.
Koleksi Bruneiana
Koleksi Bruneiana terdiri
daripada bahan-bahan terbitan Brunei yang berbentuk buku, majalah,
suratkhabar, surat berita, risalah, kertas kerja, laporan
persidangan dan tesis yang mana keseluruhan atau sebahagian
besarnya berhubung dengan Brunei dan Penduduknya, tidak terhad
tempoh, tempat penerbitan atau bahasa yang digunakan. Koleksi ini
bertujuan untuk mengumpul semua maklumat mengenai Brunei dan hasil
penulis-penulis tempatan yang berbentuk monograf untuk rujukan orang
ramai. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'RB' (Rujukan
Brunei) dan ianya tidak boleh dipinjam.
Kembali ke atas...
Koleksi Sumber Media
Koleksi ini terdiri menyediakan bahan-bahan
dalam pelbagai format seperti kaset audio, kaset video, cekera audio, kit aneka media, gambar, peta, slaid, mikrofilem, poster, kalendar, sampul surat hari pertama, poskad,
kad jemputan dan piring hitam yang diterbitkan di dalam dan luar
negara.
Koleksi Terbitan Berkala
Koleksi ini menempatkan suartkhabar,
majalah dan jurnal keluaran terkini dan kebelakangan yang boleh
didapati di semua Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
di seluruh negara.
Koleksi Asia Tenggara
Koleksi ini mengumpulkan bahan mengenai Asia Tenggara yang meliputi Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Cambodia, Laos, Vietnam dan Filipina.
Koleksi ini mempunyai pelbagai bidang subjek termasuk ensiklopedia,
Kertas persidangan, bulletin, majalah, dll. yang berkaitan. Simbol
yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'AT' ( Asia Tenggara ) dan
ianya tidak boleh dipinjam.
Kembali ke atas... |