|
|  |

| Imbasan Kembali Sejarah dan Perkembangan Perpustakaan |
Tarikh penting dalam perkembangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan seperti kebenaran dan surat keliling Setiausaha Kerajaan bil. 36/1962, Seksyen 4(1-d-ii). Perpustakaan ini berpusat sementara di Bangunan Jabatan Pelajaran sebagai rujukan sahaja.
Awang Kamaruddin bin Haji Omar, dari Malaysia dilantik sebagai Pegawai Perpustakaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei diisytiharkan menjadi sebuah institusi kerajaan.
Peletakan batu asas bangunan baru Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien
Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei , Jalan Elizabeth II mula digunakan. Perkhidmatan perpustakaan dibukakan bagi pegawai dan kakitangan jabatan sahaja sebagai peringkat permulaan.
Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Jalan Elizabeth II dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Shahibul Rae’ Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohd. Alam.
Miss Thelma T. Salazar dari negara Filipina di lantik sebagai Ketua Perpustakaan.
Bahagian perpustakaan memulakan perkhidmatan kepada orang ramai dan menggunakan bahan sebagai rujukan sahaja.
Perpustakaan Bergerak memulakan perkhidmatan pertamanya di Sekolah Rendah Sengkurong.
Pelancaran perkhidmatan Perpustakaan Bergerak pertama di Kampong Sengkurong oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Wangsa Awang Mohd Salleh Bin Haji Masri, Pesuruhjaya Masyarakat.
Memulakan perkhidmatan peminjaman kepada pengguna. Beberapa perkhidmatan telah disediakan melalui penubuhan perpustakaan iaitu Perkhidmatan Peminjaman, Perpustakaan Rujukan dan Perpustakaan Bergerak. Mulai tarikh ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei memainkan peranan utama sebagai sebuah Perpustakaan Awam yang pertama di negara ini.
Cawangan Perpustakaan di Bandar Kuala Belait ditubuhkan di Tingkat Dua, Bangunan di Dewan Masyarakat, Jalan Bunga Raya, Kuala Belait ( bekas bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan).
Cawangan Perpustakaan Tutong ditubuhkan di Jalan Enche Awang, Pekan Tutong (bekas
bangunan bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan).
Cawangan Perpustakaan Temburong ditubuhkan di Bangunan Kedai Pekan Bangar, Temburong ( bekas bangunan bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan ).
Cawangan Perpustakaan Seria ditubuhkan di Jalan Bunga Melor, Seria
( bekas
bangunan bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan).
Cawangan Perpustakaan Temburong berpindah sementara ke seberang sungai, Bangar Baru.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Daerah Belait dibuka rasmi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna Binti Kebawah DYMM Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Jeneral Sir Muda Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien.
Pelancaran “ Sistem Peminjaman Kelompok” di Sekolah Rendah Kampong Saba Darat.
Cawangan Perpustakaan Temburong Perpustakaan berpindah sementara ke Kompleks Kedai Bumiputera Temburong.
PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN
- PENTADBIRAN
- PEROLEHAN
- KATALOG
- PEMINJAMAN
- LANJUTAN
- PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT
Brulinet ditubuhkan.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Cawangan Seria dibuka rasmi oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Selamat Bin Munap, Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan .
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Daerah Tutong dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah Ibn Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien.
Cawangan Perpustakaan di Daerah dinaikan Taraf Sebagai Perpustakaan Daerah.
Bangunan Baru Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong dibuka perkhidmatan kepada orang ramai.
Peletakan Batu Asas Perpustakaan Muara, Dewan Bahasa dan Pustaka di sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan .
Peletakan Batu Asas Perpustakaan Pandan, Daerah Belait, Dewan Bahasa dan Pustaka di sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Pembukaan rasmi Perpustakaan Muara, Dewan Bahasa dan Pustaka di sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Perletakan Batu Asas Perpustakaan Lambak Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pembukaan rasmi Perustakaan Kampong Pandan, Daerah Belait, Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Perletakan Batu Asas Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kampong Sengkurong disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pembukaan rasmi Perustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Mendaram Besar, Labi II, Mukim Labi, Belait Oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Haji Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan.
Majlis Penyerahan dan Menepung Tawar Bas Baru Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan
Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Sibut, Temburong oleh Yang Mulia Dr. Mataim bin Bakar, Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Jubli Perak Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara, Tetamu Kehormat , Yang Mulia Dato Paduka Haji
Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Majlis Pengurniaan Buku daripada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
Sengkurong.
Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Amo, Temburong oleh Yang Mulia Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai
Daerah Temburong.
Lawatan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji
Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan.
Lawatan Yang Mulia Awang Haji Morni bin Haji Mohammad,
Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri ke Perpustakaan Dewan
Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
Lawatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato
Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pembangunan
Negara Brunei Darussalam ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka Lambak Kanan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Perpustakaan
Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan sempena Majlis
Penyempurnaan Penganugerahaan Anak-anak kunci Rumah Di Bawah
Rancangan Perumahan Negara dan skim Tanah kurnia Rakyat Jati
Kampung Rimba, Kampung Tungku dan Kampung Madang bagi Daerah
Brunei Muara.
Pelancaran Sudut Bacaan Balai Ibadat Dayang Hajah Aminah,
Kampung Long Mayan, Tutong telah disempurnakan oleh Yang Mulia
Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka
Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan
Bahasa dan Pustaka di Sekolah Kesuma Mekar, Kampung Rimba Gadong
oleh Yang Mulia, Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran
Metassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kesuma Mekar
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan
Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Pusat Al-Islah, Biro
Kawalan Narkotik, Jalan Kerakas Payau, Kampung Kupang, Tutong.
Majlis disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Roslan bin Haji
Suhaili, Penolong Pengarah, Komandant Pusat Al-Islah Biro
Kawalan Narkotik.
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan
Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Sekolah Ugama Kasat telah
disempurnakan oleh Yang Mulia, Ustazah Hajah Hinah binti Haji
Saban, Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei IV, Jabatan
Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei
Darussalam.
Majlis Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Kampung Semabat, Temburong
disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia
Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah
Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang II, Zon Tutong II oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nortijah
binti Haji Mohd. Hassan, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Negara Brunei Darussalam.
|
| |
| |
|