Ruang Bacaan
Ruang bacaan disediakan untuk tujuan menggalakkan pengguna untuk membaca dan melihat bahan perpustakaan yang diinginkan tanpa meminjamnya (kegunaan di dalam perpustakaan sahaja). Kemudahan
ini disediakan disemua perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.

Kembali ke atas
Akses Internet
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menawarkan kemudahan internet secara
percuma untuk ahli perpustakaan yang berdaftar. Pengguna yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak perpustakaan. Maklumat dan prosedur penggunaan kemudahan ini boleh diperolehi di
kaunter perpustakaan.

Kembali ke atas
Akses Wi-Fi
Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka menyediakan perkhidmatan akses tanpa wayar (Wi-Fi)
di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka di ke empat-empat daerah secara percuma.
Kembali ke atas
Kemudahan Fotokopi
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
menyediakan mesin fotokopi berbayar. Kemudahan ini boleh diperolehi di Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa dan di Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat. Mesin ini boleh digunakan sendiri ataupun dengan pertolongan kakitangan yang bertugas. Kad Fotokopi boleh dibeli dari kakitangan yang bertugas
dikaunter dengan harga $7.00 sekeping bagi seratus unit manakala $12.00 sekeping bagi dua ratus unit.
Kembali ke atas
Almari Berkunci
Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka menyediakan almari berkunci untuk pengguna perpustakaan. Kunci almari boleh didapati dari kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan harta-benda. Pengguna haruslah memastikan sendiri loker yang digunakan berkunci pada setiap masa.

Kembali ke atas |