| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
AKTIVITI PERPUSTAKAAN

Projek Memperkasa Budaya Membaca

Memperkasa Budaya Membaca ini merupakan salah satu projek yang diungkayahkan oleh Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai salah satu usaha untuk menanamkan sikap gemar dan rajin membaca di kalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam.

Projek ini merupakan agenda negara untuk mewujudkan atau melahirkan masyarakat Brunei menjadi sebuah masyarakat yang berilmu, berpengetahuan, bermaklumat, berwawasan dan maju dalam segenap lapangan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Projek ini adalah merupakan kesinambungan daripada Projek Bulan Membaca yang diadakan sejak dari tahun 2002 dan ditangguhkan sehingga tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 dengan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Kaedah untuk menggalakkan budaya membaca atau tabiat suka membaca  secara berterusan adalah dengan mengadakan berbagai-bagai kegiatan yang boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat seperti  ibu bapa, guru-guru, pustakawaan, para akademik, sektor kerajaan dan swasta.

1. OBJEKTIF

1.1 Tujuan utama projek ini diadakan adalah untuk

1.1.1 Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celek ilmu pengetahuan.

1.1.2 Memasyarakatkan budaya membaca di kalangan masyarakat Brunei.

2. Membudayakan masyarakat mesra perpustakaan.

2.1.1 Melestarikan pembelajaran sepanjang hayat.

2.1.2 Ke arah melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu, bermaklumat dan berpengetahuan

3. TEMA

“Membaca Nadi Kejayaan Bangsa” [Reading is The Pulse of Nation Success]

4. SASARAN

Semua golongan dan lapisan masyarakat di Negara Brunei Darussalam, (agensi kerajaan, swasta, orang awam)

 

Kembali keatas...

Aktiviti-aktiviti perpustakaan dan tujuannya adalah seperti berikut:

  • Gerakan Budaya Membaca

1. MATALAMAT
Gerakan Budaya Membaca ini adalah dikhususkan bagi sekolah-sekolah Menengah bagi Memasyarakatkan perpustakaan dan pada yang sama untuk menanai aspirasi negara untuk melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan mampu memanfaatkan Komunikasi Teknologi Maklumat, khusus untuk muda-mudi yang berumur diantara 12 hingga 21 tahun.

2.  OBJEKTIF
2.1  Meningkatkan kesedaran penggunaan perpustakaan dan kepentingan maklumat.
2.2  Menyediakan arena latihan kepada generasi baru untuk menjadi warga Brunei yang berwibawa
2.3  Menyemai dan menggalakkan Budaya Membaca

 

Kembali keatas...

  • Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan

    1. MATLAMAT

    Peraduan Mewarna Logo-Logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam adalah merupakan salah satu acara keraian sampingan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Peraduan ini juga bertujuan sebagai Pendedahan kepada kanak-kanak mengenai dengan logo-logo hari kebangsaan dan menggalakkan supaya mendampingi perpustakaan sebagai memupuk semangat membaca.

    2.  TUJUAN 

i.  Membentuk generasi muda-mudi yang sentiasa mendampingi perpustakaan untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan.

ii.  Menjadikan golongan muda-mudi terlatih untuk hidup berorganisasi dan mematuhi segala perintah dan arahan.

iii. Membentuk  sahsiah dan personaliti kanak-kanak  yang berwibawa, berwawasan, komited dan berdaya saing dalam segenap lapangan.

iv. Menanamkan semangat cinta kepada bangsa dan negara di kalangan kanak-kanak.
 

Kembali keatas...

  • Perkampungan Perpustakaan

MATALAMAT:

1.  MUKADIMAH

Perkampungan perpustakaan  merupakan salah satu cara untuk mewujudkan dan meningkatkan hubungan dua hala antara pengguna dan kakitangan di mana melalui ini pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan memberikan hadiah dan penghargaan sebagai galakan dan intensif kepada semua ahli yang aktif untuk lebih meningkatkan semangat gemar membaca dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara berterusan.

2.  MATLAMAT

2.1   Sebagai wadah penilaian perkembangan perkhidmatan perpustakaan
2.2   Sebagai penghargaan dan dorongan untuk peningkatan perkhidmatan perpustakaan
2.3   Interaksi di antara kakitangan dan pengguna perpustakaan.

Kembali keatas...


 

  • Taman Batuturan Bergerak

1.  MATLAMAT


Taman Batuturan Bergerak ini adalah dikhususkan bagi sekolah-sekolah Rendah bagi Memasyarakatkan perpustakaan dan pada yang sama untuk aspirasi negara untuk melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan mampu memanfaatkan Komunikasi Teknologi Maklumat, khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah.

2.  OBJEKTIF


2.1  Meningkatkan kesedaran penggunaan perpustakaan dan kepentingan maklumat.
2.2  Menyediakan arena latihan kepada generasi baru untuk menjadi warga Brunei yang berwibawa
2.3  Menyemai dan menggalakkan minat membaca

 

Kembali keatas...


 

  • Peraduan Mari Bercerita

1.   MUKADIMAH     

Peraduan Mari Bercerita adalah projek tahunan anjuran Bahagian Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini adalah merupakan salah satu strategi Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan untuk melahirkan dan mewujudkan masyarakat Brunei khususnya generasi kanak-kanak Brunei Darussalam menjadi generasi yang berilmu, berpengetahuan, berwawasan dan maju dalam segenap lapangan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

2.  MATLAMAT

2.1  Memupuk semangat membaca di kalangan kanak-kanak dan meningkatkan daya  imaginasi
2.2  Melatih kanak-kanak supaya berani berhadapan dengan khalayak
2.3  Memberi daya inisiatif kanak-kanak untuk memahami segala isi kandungan cerita yang disampaikan

3.  SASARAN

3.1  Terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Brunei Darussalam dan Penduduk Tetap yang berumur 9 hingga 12 tahun.

 

Kembali keatas...

 

  • MEMBACA BERSAMA DI RUMAH SAKIT DI KEEMPAT-EMPAT DAERAH

1. MUKADIMMAH

Membaca bersama di rumah sakit ini merupakan salah satu projek yang akan diungkayahkan oleh Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai salah satu usaha untuk menanamkan sikap gemar dan rajin membaca di kalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam.

Projek ini merupakan agenda negara untuk mewujudkan atau melahirkan masyarakat Brunei menjadi sebuah masyarakat yang berilmu,berpengetahuan, bermaklumat, berwawasan dan maju dalam segenap lapangan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

2. MATLAMAT

2.1 Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celek ilmu pengetahuan.

2.2  Memasyarakatkan budaya membaca di kalangan masyarakat Brunei.

2.3  Membudayakan masyarakat mesra perpustakaan.

2.4  Melestarikan pembelajaran sepanjang hayat.

2.5  Ke arah melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu, bermaklumat dan berpengetahuan

Kembali keatas...

 

  • Peraduan Cerita Berkumpulan

1. MUKADIMAH

1.1 Peraduan Cerita Berkumpulan ini adalah merupakan projek tahunan Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan kesinambungan dari Peraduan Mari Bercerita yang telah diadakan sejak 25 tahun yang lalu yang dikhususkan kepada penuntut-penuntut sekolah menengah khasnya kepada para belia/remaja/muda-mudi yang berumur diantara 12 hingga 21 tahun.

1.2  Cerita Berkumpulan adalah satu cabang seni teater atau drama pentas yang boleh dianggap salah satu media komunikasi dalam memberikan maklumat yang berkesan kepada penonton. Cerita Berkumpulan dihasratkan untuk menyampaikan drama pendek atau sebuah sketsa yang berunsur seni tempatan dalam penyampaian ceritanya di samping seni lakon.  Ianya diharapkan dapat melatih dan mengumpul remaja-remaja yang berkebolehan dalam bercerita khususnya seni lakon melalui teater atau drama pentas.

2.  MATLAMAT

2.1  Sebagai kesinambungan daripada projek tahunan Peraduan Mari Bercerita.

2.2  Menggalakkan belia/remaja/muda-mudi mencintai buku.

2.3  Sebagai wadah bagi belia/remaja/muda-mudi dalam proses pencapaian tahap kebijaksanaan dan perkembangan minda dan ilmu pengetahuan sama ada melalui bahan bacaan, pendengaran, penglihatan seterusnya melakonkannya dengan cara tersendiri.

2.4  Menyediakan arena latihan dan kerja berpasukan kepada belia/remaja/muda-mudi untuk menjadi warga Brunei berwibawa.

 

Kembali keatas...


 

  • Bengkel Pengurusan Perpustakaan

MATALAMAT:

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengurusan perpustakaan yang bersistematik.
  2. Kearah mengadakan dan meningkatkan ilmu perngetahuan dalam mengurus perpustakaan.


  • AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DI PERPUSTAKAAN DIKEEMPAT-EMPAT DAERAH

    1.   MATLAMAT
          Melahirkan masyarakat Brunei menjadi sebuah masyarakat yang berilmu, berpengetahuan, berwawasan dan maju segenap lapangan demi kemajuan bangsa, agama dan negara .

    2.    OBJEKTIF
    2.1  Menggalakkan lebih ramai masyarakat datang ke perpustakaan
    2.2  Peningkatan penggunaan/peminjaman bahan perpustakaan
    2.3  Peningkatan Keahlian Perpustakaan

 

Kembali keatas...

  • Peraduan Forum Memperkasa Budaya Membaca Belia

1.   MUKADIMAH

Generasi Belia/Remaja dan Muda-Mudi adalah merupakan asset negara yang sangat penting dan akan menjadi khazanah dan harapan bangsa.  Mereka bakal menjadi pemimpin di masa akan datang.  Oleh itu, selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, mereka juga perlu diberikan kepercayaan untuk mempersiapkan diri dan merangsang jiwa untuk mempunyai sikap ingin maju dan terlatih untuk hidup berorganisasi dan terarah. Peraduan Forum  bagi ahli-ahli perkhidmatan perpustakaan Muda-Mudi Dewan Bahasa dan Pustaka Sempena Tahun Membaca Brunei 2010 adalah merupakan salah satu agenda Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan dan mewujudkan masyarakat Brunei khususnya generasi belia/remaja/muda-mudi Brunei Darussalam menjadi generasi yang berilmu, berpengetahuan, berwawasan dan maju dalam segenap lapangan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

2.   MATLAMAT:

2.1  Menjadikan generasi belia/remaja/muda-mudi Negara Brunei Darussalam satu generasi yang akan membawa ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan Negara Brunei Darussalam.
2.2  Menjadikan golongan generasi belia/remaja/muda-mudi terbiasa dan terlatih untuk hidup berorganisasi dan mematuhi segala perintah dan arahan.
2.3  Membentuk sahsiah dan personaliti golongan generasi belia/remaja/muda-mudi berwibawa,   berwawasan,   komited   dan  berdaya saing dalam segenap lapangan dan sentiasa mendampingi perpustakaan untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan
2.4  Memberikan kesedaran diri [fizikal dan spiritual] kepada golongan generasi belia/remaja/muda-mudi dalam sama-sama mendokong prinsip idealogi negara iaitu Melayu Islam Beraja [MIB].
2.5  Sebagai wadah bagi belia/remaja/muda-mudi dalam proses pencapaian tahap kebijaksanaan dan perkembangan minda dan ilmu pengetahuan sama ada melalui bahan bacaan, pendengaran, penglihatan seterusnya melakonkannya dengan cara tersendiri.
2.6  Menggalakkan belia/remaja/muda-mudi mencintai buku

Kembali keatas...


  • Seminar Memperkasa Budaya Membaca

1. MUKADIMAH

Demi untuk melahirkan masyarakat Brunei Darussalam menjadi sebuah masyarakat yang intelektual, berilmu berpengetahuan, berwawasan dan maju dalam segenap lapangan dan kearah  menanamkan dan menggalakan tabiat budaya suka membaca dikalangan segenap golongan masyarakat, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengungkayahkan satu projek yang dinamakan Seminar Memperkasa Budaya Membaca 2010.

2. MATLAMAT

Rancangan Seminar Memperkasa Budaya Membaca 2010 ini antara lain bertujuan :-

2.1  Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celek ilmu pengetahuan.

2.2  Kearah menanamkan dan menggalakan budaya suka membaca dikalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam.

2.3  Meningkatkan kesedaran kepada segenap anggota masyarakat mengenai pentingnya perpustakaan sebagai tempat tersimpannya atau gedung khazanah ilmu dan sebagai tempat untuk mencari dan mengali ilimu pengetahuan dalam pemangkin pembangunan negara..

2.4  Sebagai salah satu acara sampingan dalam memeriahkan dan menyenemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Kembali keatas...

 

  • Bimbingan Motivasi Belia

MATLAMAT:

  1. Menjadikan golongan generasi belia/remaja/muda-mudi terbiasa dan terlatih untuk hidup berorganisasi dan memattuhi segala perintah dan arahan.
  2. Membentuk sahsiah dan personaliti golongan generasi belia/remaja/muda-mudi berwibawa, berwawasan, komited dan berdaya saing dalam segenap lapangan dan sentiasa mendampingi Perpustakaan untuk mencari dan menimba ilmyu pengetahuan.
  3. Memberikan kesedaran diri (fizikal dan spiritual) kepada golongan generasi belia/remaja/muda-mudi dalam sama-sama mendokong prinsip ideologi negara iaitu Melayu Islam Beraja (MIB).
  4. Sebagai wadah bagi belia/remaja/muda-mudi dalam proses pencapaian tahap kebijaksanaan dan perkembangan minda dan ilmu pengetahuan sama ada melalui bahan bacaan, pendengaran, penglihatan seterusnya melakonkannya dengan cara tersendiri.
  5. Menggalakkan belia/remaja/muda-mudi mencintai buku.

Kembali keatas...